Selasa, 30 Julai 2013

TPA Membunuh Lidahku

Adumakk..... kejam sungguh TPA ni. Baru install tak sampai 8 jam lidah aku dah calar balar. Setiap kali telan air liur lidah pedih sebab da luka.

Time berbuka tadi. Tuhan sahaja yg tau. Nak makan satu hal. Nak kunyah lain plak masalah.  Time telan lagi lah woi......

Seksanya time telan daging kambing golek fav aku tadi. Asyik sangkut je kat lelangit. Rasa mcm telan tak lepas. Nak termuntah2.

Sabarlah diri. Maybe aku kena start consider liquid diet pasni.

Isnin, 29 Julai 2013

Appointment pasang TPA

Semalam aku dah jumpa akak kaunter untuk cepat kan appointment memandangkan aku akan bercuti bermula dari 1hb Ogos nanti. So aku pon datang la hari ni. tanpa berlengah aku daftar. kemudian duduk tak sampai 10 minit da nama kena panggil masuk dalam bilik doc hassan.

kendian, doc buka semua getah yg dah bertukar kekuningan tuh. pastu dia cabut tube gigi aku untuk digantikan dengan TPA. 

Khamis, 25 Julai 2013

Cerita Cabut Gigi ke 2

Terbaik. Geraham kecil yg sihat, panjang dan bengkok akhirnya di cabut. Tinggallah gap yg agak besar dan ketara.

Skang tunggu sembuh kendian pakai plak braces untuk gigi atas. Pengalaman cabut nanti aku cerita.

Gap makin membesar

Hari ni mood swing semacam jer. Mana taknya bangun pagi2 tetiba terasa gigi aku mcm nak tanggal. Belek2 tgk rupanya gap gigi bawah aku makin membesar.

Well at least ada perubahan. Skit pon takpe. Asalkan kemajuan tetap meningkat.

Minor Surgery Canine Removed. Done.

Done. Everything done successfully.  Gigi aku di pecah kecil. Doc kata taring aku panjang. Pastu duduk plak dalam tulang. So dia terpaksa buang sedikit tulang pastu pecah2kan gigi taring tu.

Prosedur amik masa 2 jam. Tak sakit pon cuma rasa mcm gusi kena tarik pastu kena tolak2. Yg ngilu skit time injection sebab nak bius. Yang lain semua ok saja.

Lepas sehari muka bengkak. Tp surut selepas seminggu. Jahitan ada 6. Pastu seminggu kemudian appointment jumpa dgn doc fairuz untuk buang benang. Pastu aku bebas mcm biasa.

Just tunggu masa untuk Prosedur selanjutnya lepas gusi da elok nanti.

Cabut Benang Jahitan Masa Sendiri

Lepas cabut gigi yg ke 2 aku tempoh hari, doc da jahit gusi aku. 2 kali jahitan dan benang dalam mulut nih sangat lah annoying giler. Sebab lidah asyik nak main2 je dgn benang nih.

Pastu bila time makan mesti benang ni tertolak dalam belahan luka kena belah. Menyampah punya pasal 4 hari kemudian aku amik gunting buang terus jahitan pertama aku.

Jahita ke 2 keesokkan harinya. Sebab jahitan lebih kedalam pastu ketat. Damn. Masa lepas potong benang tu. Bau dia perghhh... menusuk kalbu.

Khamis, 11 Julai 2013

Sejarah perjalanan gigi aku.

Kalau diikutkan gigi aku nih sejak lahir mmg da mcm nih. Apa kan daya tuhan da kurniakan jadi sebagai hamba aku bersyukur sahaja.

Tapi bila berganjak dewasa gigi yang terabur nih makin lama makin buat aku jadi low self esteem.  Mana taknya kawan2 pakat dok ejek. Sampai 1 tahap aku jadi benci dengan diri sendiri dan makin aku meningkat usia aku punya self esteem low. Mmg confidence level pon tahap bawah kaki lah.

So lepas penat diejek dan dianjingkan oleh org sekeliling aku mula rasa satu sensation yang aku sendiri tak tau nak ungkapkan mcm mana tp yg penting aku terasa sgt2 mau berubah dan jadi normal mcm org lain.

Dan bomm..!!! Skang aku da memulakan langkah pertama. Pakai braces.

Xtray Gigi

Jika dilihat gigi aku nih mmg terabur tahap batu hampar. Siap ada taring yang impacted lagi.

Rabu, 10 Julai 2013

Appointment ke-3

Tanggal 10 Julai 13. Temujanji kali ke-3 untuk pendakap gigi aku. Temujanji yang sepatutnya aku hadir pada jam 1030 terlepas sebab aku sudah terleka dek kerana latihan.

Nasib baik Dr Hasan baik. Tetap tunggu aku hadir walau dah lewat sejam jumpa dia. Sebenarnya temujanji aku pada 16 Julai. Tapi memandangkan aku sendiri minta awal untuk proses temu janji. At last aku sendiri sudah terlupa pasal temujanji nih.

Melangkah masuk ke klinik gigi nih buat aku sangat teruja. Sebab akak kaunter yang sampai sekarang aku tak tau nama apa da sersengih tengok aku. Mana taknya tadi dia yg call suh aku cepat. Skang aku da menglabah dia sengih je. Mana taknya klinik tgh kosong. Seronoklah dia. Kalau tak mmg jenuh la nak tunggu turn.

Masuk je terus aku serahkan kad temujanji pastu tak sempat aku nak borak panjang ngan akak kaunter tu lebih kurang 5 minit kat ruangan menunggu pembantu Dr hassan da panggil nama.

Masuk je bilik tu, ayat pertama Dr,

Huh, ingatkan tak jadi datang. Rupanya datang jugak.

Aku sengih je pastu aku duduk tanpa dijemput atas kerusi Dr gigi tu. Tanpa berlengah Dr Hassan check gigi aku kemudian dia tgk sample gigi aku kat tangan dia. Pastu dia belek- belek luka kat 2 tempat bekas kesan cabut sebelum ni.

Dia kata bagus. Sambil terkumat kamit buat pengiraan kemudian amik alat cabut spacer kat celah gigi aku nih. Bau dia mmg menusuk kalbu. Hehehehe..

Kemudian, Dr beruskan gigi aku. Keringkan gigi aku pastu... tadaaa.. terpasanglah braces untuk gigi atas nih..

Gigi Besi atas bawah...

Tanggal 10 Julai 13. Temujanji kali ke-3 untuk braces aku. Dan akhirnya 2 2 belah atas dan bawah kini ber'braces'....