Rabu, 9 Julai 2014

Selepas Setahun.

Hari ni dapat surat. Rasanya da dekat setahun tak update blog ni. Alasan; malas, tak ada masa, sibuk dan gigi tetap dalam progress lagi. Sama sahaja. Cuma pada feb lepas TPA da dicabit.

Terniat nak update sebab nak buat catatan yang mana surat untuk melapor bagi pembedahan telah diterima. Next month pada 5/8 masuk wad. Pembedahan sekiranya tiada aral keesokan harinya pada 6/8.

Well jiwa rasa bercampur gaul. Tp yg paling besar adalah excited @ terkesima.

Selasa, 30 Julai 2013

TPA Membunuh Lidahku

Adumakk..... kejam sungguh TPA ni. Baru install tak sampai 8 jam lidah aku dah calar balar. Setiap kali telan air liur lidah pedih sebab da luka.

Time berbuka tadi. Tuhan sahaja yg tau. Nak makan satu hal. Nak kunyah lain plak masalah.  Time telan lagi lah woi......

Seksanya time telan daging kambing golek fav aku tadi. Asyik sangkut je kat lelangit. Rasa mcm telan tak lepas. Nak termuntah2.

Sabarlah diri. Maybe aku kena start consider liquid diet pasni.

Isnin, 29 Julai 2013

Appointment pasang TPA

Semalam aku dah jumpa akak kaunter untuk cepat kan appointment memandangkan aku akan bercuti bermula dari 1hb Ogos nanti. So aku pon datang la hari ni. tanpa berlengah aku daftar. kemudian duduk tak sampai 10 minit da nama kena panggil masuk dalam bilik doc hassan.

kendian, doc buka semua getah yg dah bertukar kekuningan tuh. pastu dia cabut tube gigi aku untuk digantikan dengan TPA. 

Khamis, 25 Julai 2013

Cerita Cabut Gigi ke 2

Terbaik. Geraham kecil yg sihat, panjang dan bengkok akhirnya di cabut. Tinggallah gap yg agak besar dan ketara.

Skang tunggu sembuh kendian pakai plak braces untuk gigi atas. Pengalaman cabut nanti aku cerita.

Gap makin membesar

Hari ni mood swing semacam jer. Mana taknya bangun pagi2 tetiba terasa gigi aku mcm nak tanggal. Belek2 tgk rupanya gap gigi bawah aku makin membesar.

Well at least ada perubahan. Skit pon takpe. Asalkan kemajuan tetap meningkat.

Minor Surgery Canine Removed. Done.

Done. Everything done successfully.  Gigi aku di pecah kecil. Doc kata taring aku panjang. Pastu duduk plak dalam tulang. So dia terpaksa buang sedikit tulang pastu pecah2kan gigi taring tu.

Prosedur amik masa 2 jam. Tak sakit pon cuma rasa mcm gusi kena tarik pastu kena tolak2. Yg ngilu skit time injection sebab nak bius. Yang lain semua ok saja.

Lepas sehari muka bengkak. Tp surut selepas seminggu. Jahitan ada 6. Pastu seminggu kemudian appointment jumpa dgn doc fairuz untuk buang benang. Pastu aku bebas mcm biasa.

Just tunggu masa untuk Prosedur selanjutnya lepas gusi da elok nanti.

Cabut Benang Jahitan Masa Sendiri

Lepas cabut gigi yg ke 2 aku tempoh hari, doc da jahit gusi aku. 2 kali jahitan dan benang dalam mulut nih sangat lah annoying giler. Sebab lidah asyik nak main2 je dgn benang nih.

Pastu bila time makan mesti benang ni tertolak dalam belahan luka kena belah. Menyampah punya pasal 4 hari kemudian aku amik gunting buang terus jahitan pertama aku.

Jahita ke 2 keesokkan harinya. Sebab jahitan lebih kedalam pastu ketat. Damn. Masa lepas potong benang tu. Bau dia perghhh... menusuk kalbu.